TAKAFUL HEALTH

"First Medical Card in Takaful Industry"...saya sukakan ungkapan ini. Tahukah anda Prudential adalah satu-satunya syarikat insurans yang pertama sekali menyediakan perkhidmatan medical card di Malaysia. Ianya bermula pada tahun 1999.


Dan kini dalam industri takaful di Malaysia, Prudential juga mendahului yang lain! Tak keterlaluan rasanya jika saya menggunakan ayat ini..."Prudential Leads, Others Follow". Terpulanglah apa persepsi orang tetapi hakikatnya adalah begitu. Dengan reputasi terbaik ianya telah dibawa ke dalam Prudential BSN Takaful Berhad. Inilah rupa bentuk kadnya...

 

Tahukah anda bahawa perlindungan kesihatan adalah satu komponen yang utama bagi sebuah pelan kewangan yang menyeluruh. Dengan kos rawatan yang sentiasa meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang, maka anda sudah tentu memerlukan perlindungan kewangan untuk menghadapinya.


Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka. Bagaimana kalau mereka mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Adakah mereka boleh keluar dengan membawa pelan perlindungan dari majikan lama bersama mereka.


Ada yang tidak menyedari akan kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital!


Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital. Malah seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan jururawat dirumah.


Di PruBSN, kami memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu kami menawarkan pelan Takaful Health sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 80 tahun dari kos-kos penghospitalan utama.Takaful Health adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama Pelan Takafulink anda. Kelebihan Takaful Health ialah...

  • Had tahunan yang tinggi.
  • Kadar bilik wad sehingga RM 400.00 sehari.
  • NCB - No Claim Bonus. Ganjaran bila anda sihat. Nikmati bonus sehingga RM500 apabila anda tidak membuat sebarang claim dalam tempoh 12 bulan polisi. Hanya Prudential menyediakan manfaat ini.
  • Kebebasan memilih hospital-hospital dan doktor-doktor (dapatkan senarai Hospital Pakar dari Wealth Planner anda).
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Jaminan pembaharuan.
  • Tiada jadual pembedahan yang terhad.
  • Tiada had bayaran bagi bil-bil hospital (tidak melebihi nilai tahunan dari ‘Medical Card’). Semua “Seperti Dicaj”.
  • Manfaat yang termasuk cukai perkhidmatan.
  • Rawatan sebelum masuk (30 hari) dan selepas keluar hospital (90 hari).
  • Penjagaan jururawat di rumah.
  • Pembedahan balik hari.
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan.
  • Rawatan pesakit luar bagi penyakit barah dan dialisis buah pinggang.
  • Bantuan perubatan kecemasan antarabangsa dan tempatan.
  • ...dan bukan "third party" medical card.

Takaful Health boleh digunakan dilebih 60 Hospital Pakar ekslusif di seluruh Malaysia. Di bawah sini saya sediakan jadual untuk pilihan masing-masing. Anda boleh pilih pelan yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Klik di gambar untuk mendapatkan saiz yang lebih besar.


Perlindungan bagi Penyakit Spesifik adalah selepas 120 hari selepas penerimaan.


Nota : Untuk kos rawatan hospital adalah tertakluk pada Ko-Takaful.


Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan ke hospital akibat kemalangan dan 30 hari selepas penerimaan bagi akibat-akibat lain. Sila lihat di Tempoh Medical Card.

TAKAFUL CERDIK

Sediakan Pendidikan Sewajarnya Untuk Anak Anda

Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyababkan kita harus menyediakan peruntukkan untuk memastikan pendidikan anak-anak kita tidak terjejas.

Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda.Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.

 

Bagaimana Pelan Takafulink Cerdik Berfungsi Untuk Saya?

Lindungi Masa Depan Pendidikan dan Kesejahteraan Hidup Anak AndaPelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, tetapi ia juga amat fleksibel untuk memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.

Kini anda boleh memberi dua hadiah paling berharga untuk anak anda - pendidikan dan perlindungan – dalam kombinasi inovatif satu pelan yang unik.


Manfaat Asas

Kematian : Jumlah dilindungi dan baki nilai di dalam Akaun Unit Pesrta (PUA)*, Akaun Khas Individu (ISA)** akan dibayar jika berlaku kematian.

*PUA adalah akaun di mana unit-unit diperuntukkan, bergantung kepada jumlah sumbangan berkaitan yang dibayar dan lebihan, dan/atau untung yang diperolehi.

**ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan dan lebihan, dan/atau untung yang diperolehi akan dibayar.

***IUA adalah akaun gabungan di mana sumbangan manfaat tambahan Takaful Saver diperuntukkan.


Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) : Jumlah dilindungi akan dibayar sekiranya HUPK berlaku sebelum berusia 25 tahun manakala unit-unit di dalam PUA, IUA dan nilai ISA anda akan kekal di dalam akaun anda.


Manfaat Pilihan Tambahan

Accidental Death Disablement : Manfaat kemalangan sebagai tambahan kepada pelan perlindungan utama anda.


Medical Cover : Sekiranya anda dimasukkan ke hospital akibat penyakit atau kecederaan, anda akan menerima bayaran tunai tetap untuk Bantuan Kemasukkan ke Hospital, Bantuan Penjagaan Rapi dan Bantuan Prosedur Pembedahan.


Major Medical Cover : Memberikan perlindungan perubatan untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan, dan Rawatan Pesakit Luar sekiranya anda dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan penyakit atau kecederaan. Ini juga termasuk Bantuan Perubatan Kecemasan.


Hospital Benefit : Memberi bantuan wang tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke hospital.


Disability Provider : Manfaat ini dibayar secara tahunan sekiranya anda mengalami Hilang Upaya Penuh dan Kekal atau penyakit kritikal sebelum mencapai usia 25 tahun.


Crisis Shield : Memberi perlindungan terhadap penyakit kritikal, yang sedia digunakan apabila anda memerlukan.


Contributor : Membayar manfaat tahunan sekiranya anda diserang penyakit kritikal. Bayaran akan dihentikan apabila anda meninggal dunia.


Parent Contributor : Sekiranya ibu bapa peserta meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Penuh dan Kekal sebelum usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful di masa hadapan. Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun.


Takaful Saver : Takaful Saver membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA). Peserta yang menyertai Takafulink Cerdik dengan tempoh takaful kurang atau sama dengan 20 tahun adalah diwajibkan mengambil Takaful Saver dengan sumbangan menyamai sumbangan tetap Takafulink Cerdik.


Takaful Saver Contributor : Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta mengidap penyakit kritikal.


Takaful Saver Parent Contributor : Sekiranya ibu bapa peserta meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Penuh atau Kekal sebelum umur 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar sumbangan Takaful Saver pada masa hadapan.


Untuk Keperluan Simpanan Anda

Kami juga akan membantu merancang simpanan anda dengan menyediakan pelbagai pilihan dana untuk pelaburan anda.

Sebahagian daripada sumbangan anda akan diperuntukan untuk membeli unit-unit dana Takafulink pilihan anda. Sumbangan diperuntukan berdasarkan tahun sijil dan peratusan yang sepadan dengannya.

Sijil ini mungkin melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sebanyak RM3,000.00.

Sekiranya berlaku ketiadaan pembayaran untuk sumbangan tetap, caj akan terus ditolak sehingga jumlah di dalam PUA dan/atau ISA telah berkurangan sehingga kosong dan sijil akan dianggap telah luput.


Dana Takafulink

Pilihlah dana Takafulink yang berlandaskan Syariah yang memenuhi keperluan pelaburan dan toleransi risiko anda.


Takafulink Dana Ekuiti

  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam saham berkualiti tinggi yang berlandaskan Syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
  • Untuk peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

Takafulink Dana Bon

  • Menyasarkan peluang pengumpulan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah.
  • Untuk peserta yang memiliki toleransi risiko rendah hingga sederhana dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

Takafulink Dana Urus

  • Dana diuruskan yang menyasarkan pulangan maksimum dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Ianya boleh dicapai dengan melabur di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon, dan mana-mana dana Takafulink yang mungkin ada pada masa hadapan.
  • Untuk peserta dengan toleransi risiko sederhana hingga tinggi dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

Prestasi sebenar masa lalu bukanlah petanda prestasi masa hadapan yang mungkin akan berbeza. Risiko pelaburan dana akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan tiada jaminan ke atas prestasi dana.

Nilai dana boleh berkurangan dari jumlah sumbangan yang anda bayar, tertakluk kepada prestasi asset semasa.

 

Perkongsian Lebihan

Setiap peserta layak untuk berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada. Lebihan pengunderaitan yang diperolehi akan diagihkankepada peserta dengan mengkreditkannya semula ke akaun ISA mereka dan pembelian unit-unit tambahan di dalam PUA, manakala keuntungan pelaburan pula akan dikongsi di antara para peserta dan syarikat menurut nisbah yang telah dipersetujui terlebih dahulu.

 

Pelan yang Memberi Lebih Fleksibilti untuk Anda****

Jumlah perlindungan Takaful untuk kematian dan hilang upaya boleh diubah tanpa menjejaskan sumbangan anda.

Meningkatkan perlindungan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, kehilangan upaya dan manfaat tambahan yang lain.

Membina dana persaraan yang lebih baik dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang dibenarkan oleh Syariah untuk menghasilkan potensi pulangan yang lebih tinggi berbanding akaun simpanan bank untuk jangka panjang

.Anda boleh menukar pelaburan anda di antara dana Takafulink yang berlandaskan Syariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh dipindahkan ialah RM1,000.

Pemgeluaran untuk memenuhi perubahan keperluan anda pada bila-bila masa. Pengeluaran minimum ialah RM1,000. Ianya boleh dilakukan sekiranya nilai baki unit berjumlah sekurang-kurangnya RM4,000.

****Tertakluk kepada terma dan syarat.


Siapakah yang boleh menyertai Pelan Takafulink Cerdik?

Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia diantara 1 hingga 15 tahun boleh mendapatkan pelan ini. Ibubapa adalah pemilik sijil dan mereka akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak mereka.


Bagaimana saya boleh memulakannya?

Pertama sekali, anda perlu menentukan keperluan perlindungan anak-anak anda, seperti perlindungan asas mereka serta manfaat pilihan dan tambahan yang lain. Kemudian, tentukan jumlah yang mampu anda sediakan setiap bulan.

Dengan Pelan Takafulink, anda boleh mula melindungi kesihatan anak-anak anda dan masa depan kewangan mereka dari serendah RM3.33 sehari.

 

TAKAFUL SAVER
Menabung untuk kesejahteraan masa depan.


Hari ini menabung sedikit, esok pula hasilnya membukit.

Ketika merancang perlindungan untuk menghadapi perkara yang tidak diingini, anda juga boleh merancang untuk perkara yang anda ingini. Seperti memiliki kediaman impian, membiayai anak-anak melanjutkan pelajaran atau bersara lebih awal.

Rider pelaburan Takaful Saver membolehkan anda mengecapi semua ini. Dengannya, anda boleh memilih untuk melabur terus ke dalam Dana Takafulink sambil menikmati perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink anda.

Takaful Saver membolehkan anda menikmati lebih lagi dari pelan Takafulink anda kerana ia menawarkan pelan yang lebih fleksibel untuk menepati keperluan anda yang sering berubah.


Bagaimana Takaful Saver dikendalikan?
Setelah menyertai Takaful Saver, para peserta Takafulink boleh membuat caruman tetap ke Akaun Unit Pelaburan (IUA) untuk membeli unit-unit di dalam Dana Takafulink yang dipilih.

Caruman tetap minimum : RM10 sebulan

Caruman tetap maksimum : (Caruman tahunan Takafulink) X 5


Penambahan Caruman

Peserta juga boleh menambah caruman tunggal ke dalam IUA mereka pada bila-bila masa.

Penambahan minimum : RM1,000

Penambahan maksimum : Tiada had

Memandangkan 95% daripada caruman tetap Takaful Saver diperuntukkan untuk membeli unit-unit Dana Takafulink, rider ini membolehkan para peserta menambah caruman mereka untuk pelaburan dan simpanan.


Nota:
Baki 5% lagi diperuntukkan untuk yuran Wakalah bagi komisen ejen dan perbelanjaan berkaitan agihan.

Carauman Takaful Saver adalah berasingan sama sekali dengan Takafulink.

Apabila berlaku kematian, Hilang Upaya Penuh dan Kekal atau Sijil mencapaitarikh matang, baki unit di dalam IUA akan dibayar kepada peserta.



Manfaat Tambahan

Takaful Saver Contributor : Membayar caruman tetap kepada peserta Takaful Saver sekiranya peserta menghidap penyakit kritikal.


Takaful Saver Parent Contributor atauTakaful Saver Spouse Contributor : Sekiranya ibu bapa atau pasangan peserta meninggal dunia, mengalami HUPK atau disahkan menghidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu membayar caruman kepada pelan Takaful Saver peserta di masa hadapan.

Bayaran manfaat akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.


Siapa yang boleh menyertai Takaful Saver?
Mana-mana peserta dan/atau pencarum pelan Takafulink.


Bagaimana dana anda diuruskan?
Caruman tetap Takaful Saver akan diuruskan mengikut arah pelaburan yang dinyatakan di dalam pelan Takafulink anda sebelum ini.

Penambahan caruman tunggal pada satu-satu masa boleh dibuat ke dalam Dana Takafulink pilihan anda.

Dana-dana Takafulink berlandaskan Syariah yang disediakan ialah:


Takafulink Dana Ekuiti

  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam saham berkualiti tinggi yang berlandaskan Syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
  • Untuk peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

 

Takafulink Dana Bon

  • Menyasarkan peluang pengumpulan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti terpilih yang berlandaskan Syariah.
  • Untuk peserta yang memiliki toleransi risiko rendah hingga sederhana dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

 

Takafulink Dana Urus

  • Dana diuruskan yang menyasarkan pulangan maksimum dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Ianya boleh dicapai dengan melabur di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon, dan mana-mana dana Takafulink yang mungkin ada pada masa hadapan.
  • Untuk peserta dengan toleransi risiko sederhana hingga tinggi dan tempoh pelaburan sederhana hingga panjang.

 

Nota :Prestasi sebenar masa lalu bukanlah petanda prestasi masa hadapan yang mungkin akan berbeza. Risiko pelaburan dana akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan tiada jaminan ke atas prestasi dana.

Nilai dana boleh berkurangan dari jumlah sumbangan yang anda bayar, tertakluk kepada prestasi asset semasa.

Semua Dana Takafulink dilaburkan di dalam saham dan sekuriti yang berlandaskan Syariah.Rangkaian produk Takafulink adalah selaras dengan tuntutan Syariah.

 

 

Penting : Risalah ini hanya memberi keterangan ringkas. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen Sijil anda.

 

 

Penafian : Anda hendaklah memastikan bahawa produk ini sebaik-baiknya menepati keperluan anda dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang anda mampu bayar.

 

This free website was made using Yola.

No coding skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola