Tujuan dan Matlamat ialah pengenalpastian, analisis dan pengawalan ekonomi risiko yang mengancam aset atau keupayaan perolehan sesebuah syarikat atau individu. Ia merupakan aspek penting dalam perancangan kewangan yang boleh memberi keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada anda, yang sebelum itu telah anda insuranskan.

Beberapa risiko peribadi yang mungkin anda hadapi termasuk:

  • Kematian awal
  • Hilang upaya menyeluruh dan kekal
  • Menghidap penyakit kritikal
  • Keperluan pendapatan ketika persaraan
  • Pembiayaan pendidikan anak
  • Rawatan jangka panjang ibu bapa

Secara ringkasnya, anda mungkin meninggal dunia ketika usia masih muda, hidup terlalu lama, meninggal dunia akibat penyakit atau hilang upaya.

Insurans ialah mekanisme pemindahan risiko yang digunakan oleh individu atau organisasi untuk menukar sesuatu yang tidak pasti kepada pasti. Individu setuju untuk membayar premium tetap dan sebagai pulangan, syarikat insurans bersetuju untuk menggantikan apa jua kerugian yang berlaku mengikut terma polisi.

Pelan insurans perlulah berdasarkan “Prinsip Kerugian Besar” yang bermakna menginsuranskan sesuatu pada jangkaan kekerapan rendah tetapi mempunyai risiko teruk yang tinggi. Sebagai contoh, membeli insurans untuk penyakit kritikal seperti barah atau sakit jantung, yang kemungkinan berlakunya hanya sekali dalam hidup anda (kekerapan rendah) tetapi apabila berlaku, masalah kewangan yang dihadapi begitu besar. Berbaloi sekiranya anda mengambil insurans untuk penyakit begini tetapi tidak jika mengambilnya untuk demam selesema biasa atau untuk pemeriksaan doktor panel yang mungkin memerlukan kos RM40. Risiko pada asasnya ialah kombinasi hal-hal yang berkemungkinan berlaku dan kesan teruk yang dialami sekiranya berlaku.

 

SIMPANAN – PERLINDUNGAN - PELABURAN

9 PERKARA MENARIK MENGENAI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

1. Kemudahan Kad Perubatan @ Medical Card (MMC)

Had Tahunan yang tinggi. Kad Perubatan @ Medical Card Prudential Bsn Takaful membantu menjelaskan kos perubatan hospital (termasuk kos perubatan/pembedahan penyakit kritikal atau penyakit-penyakit lain) dari minimum **RM 150,000 hingga **RM 450,000 sehingga umur 70 tahun di samping anda akan diberi elaun harian tinggal di wad minimum **RM50 hingga **RM 400 sehari termasuk kadar bilik minimum **RM1OO hingga **RM 400 sehari.

2. Perlindungan Kemalangan Peribadi @ Personal Accident (PA) Serta Hilang Upaya Kekal.

Anda akan dilindungi jika berlaku kecederaan samada ringan, sederhana atau berat akibat dari kemalangan dan tuntutan boleh dibuat tanpa perlu anda duduk di wad.

3. Perlindungan Terhadap 36 Penyakit Kritikal

Prudential BSN Takaful akan membayar pampasan tunai sehingga **RM50,000 jika anda disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.

4. Manfaat Kematian (Manfaat Asas)

Prudential BSN Takaful akan membayar manfaat atas kematian biasa @ disebabkan kemalangan berserta Khairat Kematian dan nilai simpanan akhir caruman anda di mana tarikh kematian berlaku. Manfaat ini dapat membantu keluarga anda dan yang tersayang untuk meneruskan hidup jika sesuatu berlaku ke atas anda.

5. Pelaburan (Jaminan Pelaburan Syariah)

Caruman anda akan dilaburkan di dalam dana yang mendapat kelulusan Panel Syariah Bank Negara Malaysia. Untuk itu anda tidak perlu bimbang di mana wang anda dilaburkan dan diurus oleh pengurus dana kami yang terbaik.

6. Kemudahan Pengeluaran Tunai (Tiada Tempoh Matang)

Tiada tempoh matang. Anda boleh mengeluarkan simpanan anda pada bila-bila masa setelah nilai simpanan anda berjumlah RM4000 dan anda akan terus menikmati perlindungan dari Prudential BSN Takaful.

7. Penepian Pembayaran Caruman.

Anda tidak perlu lagi membayar caruman bulanan jika mengalami hilang upaya kekal di mana pihak Prudential Bsn Takaful akan mengenepikan pembayaran caruman bulanan dan anda akan terus menikmati perlindungan dari PruBSN Takaful.

8. Kebebasan Memilih Hospital Dan Doktor.

Di Prudential BSN Takaful, kami memberi kebebasan kepada anda bagi memilih hospital-hospital dan doktor-doktor yang anda suka kerana kami mahu anda mendapat rawatan dan penjagaan yang sebaiknya.

9. Jaminan Simpanan Anda Tidak Terjejas.

Semua tuntutan atau pembayaran yang dibuat oleh Prudential BSN Takaful tidak akan menjejaskan simpanan anda.



**Berdasarkan jumlah caruman dan tahap umur semasa mengambil Takafulink

This free website was made using Yola.

No coding skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola